Saturday, February 27, 2010

ROCKERS....ye ke...(part 2)

1. kita bertemu lagi...sebenarnya tak la ada niat nak buat part 2, tapi bila tertekan save tu dia terus publish..mungkin pihak blogspot tak sabar nak publishkan atuk punya cerita..mungkin cerita yang atuk tuliskan ni ada nilai2 komersial..siapa tahukan..atuk tak kisah semua tu..takkan ada niat hati atuk nak saman pihak blogspot..

2. ok la kita berbalik tentang kisah atuk masa zaman remaja yang berkaitan dengan rockers ni.macam atuk kata hari tu jiwa remaja ni penuh dengan persoalan itu dan ini.mereka ada sikap nak explore,sikap memberontak,sikap nak perhatian dan macam2 lagi..jadi kalau kita kaitkan rock dengan remaja ni amatlah berkait rapat.

3. lihatlah saja lirik lagu2 rock ni..terlalu luas..perang,kematian,kehidupan,kekeluargaan,cinta,ketuhanan...macam2 ada..oleh yang demikian atuk rasa itulah sebab yang kebanyakan remaja suka dengan lagu2 rock ni.

4. bagi atuk pula,minat kepada lagu2 rock ni bukan sebab lirik..sebabnya sangat senang..atuk tak paham langsung apa yang dinyanyikan oleh penyanyi rock ni.nak harapkan lirik kat dalam kaset tu,mana ada.beli kaset pun cetak rompak,jangan harap la dapat lirik..kalau ada pun nasib je.

5. mungkin ada orang tertanya2 macamana atuk boleh minat kat muzik rock ni..atuk jawab,atuk suka dengar bunyi gitar dia..bukan atuk tahu main gitar pun masa tu.bila ada saja bunyi gitar(rock style),terus saja atuk jatuh cinta..kalau ada dalam akhbar atau majalah gambar orang pegang gitar,alamatnya gambar tu akan ada kat dinding bilik atuk la..tak kisah la kalau orang yang pegang gitar tu pemain bola sepak.

6. ironinya tak pernah terlintas dalam fikiran atuk untuk nak main gitar pada masa tu..entahla..mungkin belum dapat hidayat daripadaNya..

7. sudahla cerita tentang atuk ni..kalau nak cerita tentang gitar ni panjang la pulak nanti..sebenarnya tajuk yang atuk nak bincangkan ni adalah tentang mat2 rock atau minah2 rock yang claim mereka ni rockers.

8. satu yang atuk tak suka tentang mereka ialah dressing..pergh..melebih2 plak..nampak selekeh..tak terurus..bila tanya pasal apa dressing macam ni,..jawab mereka.."kami rock la"....senangnya jawab..itu sebabla muzik rock ni orang pandang low class..sebab orang macam ni la..

9. ada pula bila atuk tanya apa makna rock..jawab mereka "rock adalah batu..muziknya keras macam batu".....nak gelak pun ada..tapi biarla..mereka tak faham sebenarnya..

10. ada lagi golongan yang ikut trend..bila orang rock,mereka pun nak rock.bila habis zaman rock,beralih ke trend lain..

11. ada pula bila muda minat rock,bila umur dah meningkat atau dah berkahwin..lain pula ceritanya..slow down kata mereka...

12. inikah (4 golongan) yang anda rasa layak bergelar rockers?...tak perlu jawab...dan tak perlu nak undi melalui sms macam AFUNDI tu...bagi 4 golongan tu 'you know who you are'...

13. atuk kagum dengan kumpulan seperti metallica,iron maiden ,ac/dc,led zeppelin dan banyak lagi..walaupun umur mereka ada yang 45 tahun ataupun 50 atau 60,mereka tetap seperti mana mereka muda...itulah yang dikatakan perjuangan..mereka tahu apa yang mereka lakukan...dan ia berterusan sehingga mereka sudah berumahtangga ataupun sudah berusia...

14. apa yang penting di sini jadilah seorang yang original..anda tahu apa yang anda lakukan.anda tahu dan faham tentang apa yang anda mahu..jangan jadi seorang yang fake.

15. anda patut ada rasa hormat terhadap orang lain (rocker) yang betul2 tahu perjuangan mereka..

16. pesan atuk sangat mudah...jangan jadi salah seorang 4 golongan di atas....sekian..

4 comments:

  1. hi atuk !! berdasarkan penerangan atuk tadi tu..sahlah min bukan true rocker..hehe..tapi min bukan dalam 4 golongan tu tau! x minat je..
    -min-
    p/s; add la blog min..

    ReplyDelete
  2. atuk ko ni dah tua memacam lah merapunya hehhehe

    ReplyDelete
  3. salam atuk..review yg menarik dan ringkas..
    rockers x semestinya rmbut panjang,pakai leather ataupun pakai patches..itu semua luaran.yg kt dalam ni orang x boleh tgk.so siapa rockers di lluar sana anda faham2 lah ye,dan siapa wannabe2 rocker sila ambil perhatian..hidup nizamKH2

    ReplyDelete
  4. Atuk,
    Tesla pun rock jugak tapi atuk tak minat, camne cite atuk rock!? Atuk mula main gitar dapat hidayat dari sapa tok??? Kirk Hammett ka?

    ReplyDelete