Sunday, April 11, 2010

FILEM KITA ...... WAJAH KITA..

assalamualaikum...salam sejahtera untuk semua...
Dah lama juga atuk tak menulis..ye la sibuk dengan kerja.untuk pengetahuan kerja atuk bukan lah mudah seperti yang ramai orang sangka..nak dapat kerja sebagai guitar tutor ni senang..sangat senang selagi seseorang tu boleh main gitar dengan baik..tak terer pun tak apa..dan ada ilmu dalam bidang muzik...tetapi dalam hal nak maintain prestasi kerja, itu lah yang paling teruk sekali..dan inilah juga sebabnya agak lama atuk tak menulis..

atuk sengaja pilih topik filem sebagai tajuk blog atuk kali ini..bukan apa, sebab atuk rasa adasesuatu yang tak kena dengan filem kita..atuk rasa ramai orang bersetuju dengan atuk..tambahan pula movie dengan atuk ni seperti tak boleh dipisahkan..ala..macam irama dengan rhoma...itu sebab kita panggil dia rhoma irama..mana ada orang panggil dia rhoma saja..ataupun irama..ehh..dah melalut ke situ pula..

1. baiklah..pertama sekali atuk menonton filem adalah filem melayu..kalau menonton di panggung wayang yang atuk masih ingat adalah filem hindustan..pada masa tu tahun 70-an.filem yang famous dah tentu filem bobby..ada rishi kapoor,shashi kapoor,darmendra,..ntah la.macam2 nama la..tak terlintas pulak atuk nak menghafalnya..ye la pada masa tu mak bapa yang bawa kita..takkan tak bawa kot.mana ada babysitter nak tengok2kan..jadi kena bawa la..kita yang tak faham pun tonton la sekali..seperti biasa,pertengahan cerita atuk pun tertidur..

2. selepas habis filem hindi, filem melayu pulak menguasai panggung wayang..bermula dengan cerita2 daripada datuk jins shamsudin. 3 filem tentang 'esok'..(tiada esok bagi mu,esok masih ada dan esok untuk siapa) memang jadi box office..dan atuk pun tak ketinggalan menonton filem itu...dan seperti biasa,pertengahan cerita tu atuk pun zzzz..

3. ye la..mana la nak faham cerita orang dewasa..kisah tentang percintaan,lari dari rumah,cerita tentang sakit cancer,parti muda mudi..manalah kita nak faham kalau umur masa tu baru nak mencecah 5-7 tahun..kalau kat panggung wayang tu ada cerita popeye ke,thundercat ke,toriton ke,tom&jerry ke...memang segar la mata...

4. itulah serba sedikit permulaan atuk dengan filem...dan harap atuk dapat kongsi luahan dan pendapat atuk tentang filem kita..iaitu filem tempatan amnya dan filem melayu khasnya..dan atuk mengalu2kan komen anda sekelian.

5. seperti yang diketahui umum rata2 dalam media masa memberi komen yang buruk kepada filem melayu..kalau tak dalam mediamasa..mediamulut pun ada juga..tak tahulah samada yang yang mengkritik tu faham atau tidak tentang apa yang dikritiknya..

6. kritikan demi kritikan terhadap filem melayu berterusan, namun tahap kualiti masih sama..kepada penggiat filem ingatlah, pada masa sekarang saingan bukan dalam negara sahaja, tetapi anda kena bersaing dengan filem2 dari luar!..ye la,dulu orang jarang menonton filem2 dari hollywood,tetapi sekarang orang sudah menonton filem2 dari hollywood hari2!..pasti ada perbandingan.

7. jadi macamana nak hasilkan filem yang baik?..budget ke?..kualiti pelakon ke?..pengarah yang berwibawa ke?..penggunaan bahasa ke?...mungkin semua di atas..mari kita ulas satu persatu..

8. BUDGET..rata2 penggiat filem akan berkata modal yang besar adalah penting dalam menghasilkan filem yang baik..atuk amat tidak bersetuju dengan kenyataan ini..filem hollywood yang berbelanja besar adalah untuk membayar kepada para pelakon..nak bayar brad pitt 20 juta..harrison ford 20 juta..itu baru pelakon utama..belum pelakon2 yang lain lagi..dan itupun kalau buat filem action.ataupun filem yang perlukan pakar2 set seperti titanic..memangla makan belanja yang besar..tapi filem yang berbentuk seperti drama..rasanya mungkin tidak..

9. KUALITI PELAKON...atuk rasa ini adalah ANTARA faktor utama yang membuat filem kita dikritik hebat..pertama sekali kepada para pelakon,..atuk nak ingatkan SUARA adalah amat penting kepada seorang pelakon..bukan untuk penyanyi sahaja..kalau suara anda jenis yang tak jelas seperti (maaf ) jalaludin hasan,farid kamil,rosyam nor,pierre andre,awie,fasha sandha..maaf sekali lagi,tone suara anda tidak membenarkan anda bergelar pelakon..tengok sahaja p.ramlee,ajis dan sudin..mereka mempunyai suara yang jelas...tone yang menarik..walaupun pelakon itu bukan watak utama seperti ahmad nisfu,haji bakhil,pendekar mustar,ibrahim pendek..mereka mempunyai tone suara yang menarik...itu belum lagi pelakon wanita seperti saadiah,saloma,mak mertua kasim selamat pun mempunyai tone suara yang menarik..

10. itu sebab utama mengapa line atau baris dialog filem dahulu masih boleh diingati..setuju?...sudah pasti..sekarang punya filem?..baris dialog pun tak ada yang menarik, di tambah pula dengan tone suara yang tak menarik..faham2 je la..

11. OVERACTING....inilah yang paling atuk tak tahan..selalu overacting ni berlaku dalam filem2 jenaka..melebih2 pulak lawak..dah jadi macam badut/clown..lihat sahaja filem2 (maaf) apek senario,senario the movie,sifu tonga,man laksa,..banyak lagi la.nak salahkan siapa dalam hal ini..pengarah ke atau pelakon..bila tanya pelakon mereka cakap apa yang mereka buat tu ok..pengarah tak tegur pun...bila tanya pengarah mengapa scene sebegini tak diedit..mereka jawab itu scene untuk kanak2.....aduhai,....senangnyae jawab..kalau kanak2 dah disuap dengan scene2 yang sebegini, jangan sedih kalau filem kita dalam 10 tahun akan datang apa akan berlaku..

12. PENGARAH....atuk tak tau nak komen apa tentang kualiti pengarah,..atau apa tugas mereka..atuk teringat filem getaran, filem lakonan awie..menurut para pelakon mereka respect pengarah filem ini kerana bagi kebebasan kepada para pelakon..huh..kata2 sebegini adalah seperti coach bolasepak yang suruh pemainnya buat apa sahaja yang mereka suka...hasilnya?..DISASTER!..begitu juga dengan filem ini..

13. apa sebab pengarah tidak ada kualiti?..ingat! kalau pengarah tiada kualiti,filem yang diarahkannya pun tidak ada kualiti...mungkin antara sebab adalah di sini kalau nak jadi pengarah adalah sangat senang..ada saja FDAM, sudah boleh mengarah.tengok ahmad idham,..berlakon anaknya sazali pun semacam hidup segan mati tak mau,tup2 dah jadi pengarah...begitu juga dengan farid kamil,hans isaac..tunggu lah mungkin suatu hari nanti datuk siti nurhaliza jadi pengarah..mana la tau...sekarang dia pun dah jadi pengarah..pengarah syarikatnya sendiri..

14. KETELITIAN...kepekaan amat penting untuk dapat ketelitian..atuk teringat babak dalam filem sembilu di mana ziana zain berada di dalam lif bersama seorang lelaki(scene di mana ziana mahu memerangkap awie)..semasa berada di dalam lif, ketakutan jelas terpancar di mukanya,semacam ditakuti lelaki yang berada bersama akan mengapa2kannya..tetapi apa yang perlu ditakuti beliau sedangkan lelaki yang bersamanya itu diupah olehnya sendiri..satu lagi babak dalam filem jangan pandang belakang..semasa babak pierre dirasuk,beliau hendak terjun tetapi mengapa matanya lihat ke bawah dahulu sebelum terjun..bila dah kena rasuk tu,terjun je la..apa nak tengok2 lagi..banyak lagi la kalau nak cerita tentang ketelitian ni..

15. inilah antara faktor yang membuatkan filem kita berada pada tahap yang boleh dikatakan membahayakan..ada lagi faktor2 lain..atuk rasa cukuplah tu kan...jadi persoalan di sini macamana nak menaikkan kembali martabat filem kita...di sini atuk ada beberapa saranan.

16. pertama sekali perbaiki kembali tentang kualiti pelakon seperti cari pelakon yang mempunyai tone suara yang baik,jangan overacting,pengarah yang berkualiti,ketelitian setiap scene...

17. perbaiki dialog2..supaya keindahan pertuturan pelakon lebih terserlah..banyakkan dialog..filem tamil walaupun nampak ada scene yang tak masuk akal,tetapi masih diterima adalah kerana dialog yang banyak..berbanding filem melayu yang terlalu kurang dialog..

18. dalam filem sejarah/patriotik seperti embun,paloh,leftenan adnan, bukit kepong dll, ciptakan seorang superhero(bukan seperti superman atau spiderman),tapi seperti wong fei hong atau fong sai yuk..barulah orang mahu menonton..ini kalau tonton cerita patriotik, kita yang kalah.ingat! ini filem, bukan cerita dokumentari..orang mahu happy ending..tunjukkan sedikit bahawa orang yang menjajah kita tu kalah dengan seni silat kita..atau tunjukkan tentang kekaguman mereka tentang seni budaya kita..barulah generasi muda kagum dengan budaya sendiri..selitkan sedikit humor dengan mewujudkan watak sampingan..tapi ingat, jangan ada unsur overacting..dan bila nak wujudkan superhero,tunjukkan pekerti dan kehebatan dia dalam beberapa scene permulaan..tengok saja cerita IP MAN...

19. dalam cerita jenaka pula elakkan overacting atau lawak2 yang membosankan..motif dan plot cerita mesti diutamakan..bukan lawak2 scene..sehingga menenggelamkan motif cerita itu sendiri..lihat contoh cerita komedi yang baik seperti shoalin soccer,kung fu husstle..walaupun ada babak yang menggelikan hati tetapi motif cerita masih jelas!

20. cerita seram?...tak payah buat la..cerita genre yang sebegini adalah cerita yang paling mudah untuk dibuat...1 atau 2 buah cukup lah..sekarang sudah jadi lambakan..

21. cerita aksi?..kalau budget besar baru la boleh buat..kalau budget ciput..hasilnya ada la babak seperti perlanggaran diulangtayang dengan babak perlahan berulang kali..kalau adegan 'fighting' tu buat la menarik..jangan la buat babak pertarungan pada waktu malam,kamera yang terlalu dekat dengan dengan pelakon..kalau filem yang race seperti impak maksima,k.l menjerit dll. gunalah kreativiti dan kenyataan.jangan buat aksi sampai nampak tak natural..kereta yang dipakai pun mak aai,..yang nyata kat kl orang yang lumba tu bukan pakai kereta macam nissan z,evo,subaru tetapi mereka guna hanya kereta proton yang di 'convert'...

22. filem kita ..wajah kita sebenarnya bermaksud mahu menggambarkan cara kehidupan kita melalui filem..kalau filem melayu yang penuh dengan unsur2 percintaan...sikit2 cinta..sikit cinta,..itu sahaja dah menunjukkan orang kita ni suka sangat bercinta..tak percaya?..lihat filem tamil yang banyak cerita tentang gangterism..filem cina yang tak habis2 cerita tentang wang..

23. itulah yang dikatakan FILEM KITA..WAJAH KITA.. yang atuk takut ialah bila lihat filem melayu bukan dari aspek penceritaan,.tetapi dari segi pembikinannya..pembikinan yang sambil lowa,..tak bersungguh2..lack of idea...adakah itu menunjukkan sikap orang kita?...

24. teringin juga atuk rasa nak boikot filem kita..bukan tak support tetapi nak suruh mereka sedar..bagi ibubapa pula bila anak2 anda nak melihat filem2 yang anda anggap bodoh (maaf) seperti sifu dan tonga, elakkan..terangkan kepada mereka..supaya mereka tahu filem mana sepatutnya mereka tonton..

25. sekian untuk kali ini..maaf dipinta sebelum berundur diri..

1 comment:

  1. yup aku mmg setuju dgn atuk ni, lebih lebih lagi bab buat lawak over over sangat pastu sama aje dari filem lain ke filem lain, naik busan dgn pelawak baru. lebih lebih lagi SEPAH lagi cam haram.

    10 tahun akan datang mmg hancur dunia perfileman malaysia, pengarah yg berbakat semua dah senyap contoh uwei, hafsam. yg ada sekarang pengarah berduit, ada duit sikit terus nak bikin filem apa ke jadah.

    hidup tok, bab ni aku sokong.

    ReplyDelete