Saturday, February 27, 2010

ROCKERS....ye ke...(part 2)

1. kita bertemu lagi...sebenarnya tak la ada niat nak buat part 2, tapi bila tertekan save tu dia terus publish..mungkin pihak blogspot tak sabar nak publishkan atuk punya cerita..mungkin cerita yang atuk tuliskan ni ada nilai2 komersial..siapa tahukan..atuk tak kisah semua tu..takkan ada niat hati atuk nak saman pihak blogspot..

2. ok la kita berbalik tentang kisah atuk masa zaman remaja yang berkaitan dengan rockers ni.macam atuk kata hari tu jiwa remaja ni penuh dengan persoalan itu dan ini.mereka ada sikap nak explore,sikap memberontak,sikap nak perhatian dan macam2 lagi..jadi kalau kita kaitkan rock dengan remaja ni amatlah berkait rapat.

3. lihatlah saja lirik lagu2 rock ni..terlalu luas..perang,kematian,kehidupan,kekeluargaan,cinta,ketuhanan...macam2 ada..oleh yang demikian atuk rasa itulah sebab yang kebanyakan remaja suka dengan lagu2 rock ni.

4. bagi atuk pula,minat kepada lagu2 rock ni bukan sebab lirik..sebabnya sangat senang..atuk tak paham langsung apa yang dinyanyikan oleh penyanyi rock ni.nak harapkan lirik kat dalam kaset tu,mana ada.beli kaset pun cetak rompak,jangan harap la dapat lirik..kalau ada pun nasib je.

5. mungkin ada orang tertanya2 macamana atuk boleh minat kat muzik rock ni..atuk jawab,atuk suka dengar bunyi gitar dia..bukan atuk tahu main gitar pun masa tu.bila ada saja bunyi gitar(rock style),terus saja atuk jatuh cinta..kalau ada dalam akhbar atau majalah gambar orang pegang gitar,alamatnya gambar tu akan ada kat dinding bilik atuk la..tak kisah la kalau orang yang pegang gitar tu pemain bola sepak.

6. ironinya tak pernah terlintas dalam fikiran atuk untuk nak main gitar pada masa tu..entahla..mungkin belum dapat hidayat daripadaNya..

7. sudahla cerita tentang atuk ni..kalau nak cerita tentang gitar ni panjang la pulak nanti..sebenarnya tajuk yang atuk nak bincangkan ni adalah tentang mat2 rock atau minah2 rock yang claim mereka ni rockers.

8. satu yang atuk tak suka tentang mereka ialah dressing..pergh..melebih2 plak..nampak selekeh..tak terurus..bila tanya pasal apa dressing macam ni,..jawab mereka.."kami rock la"....senangnya jawab..itu sebabla muzik rock ni orang pandang low class..sebab orang macam ni la..

9. ada pula bila atuk tanya apa makna rock..jawab mereka "rock adalah batu..muziknya keras macam batu".....nak gelak pun ada..tapi biarla..mereka tak faham sebenarnya..

10. ada lagi golongan yang ikut trend..bila orang rock,mereka pun nak rock.bila habis zaman rock,beralih ke trend lain..

11. ada pula bila muda minat rock,bila umur dah meningkat atau dah berkahwin..lain pula ceritanya..slow down kata mereka...

12. inikah (4 golongan) yang anda rasa layak bergelar rockers?...tak perlu jawab...dan tak perlu nak undi melalui sms macam AFUNDI tu...bagi 4 golongan tu 'you know who you are'...

13. atuk kagum dengan kumpulan seperti metallica,iron maiden ,ac/dc,led zeppelin dan banyak lagi..walaupun umur mereka ada yang 45 tahun ataupun 50 atau 60,mereka tetap seperti mana mereka muda...itulah yang dikatakan perjuangan..mereka tahu apa yang mereka lakukan...dan ia berterusan sehingga mereka sudah berumahtangga ataupun sudah berusia...

14. apa yang penting di sini jadilah seorang yang original..anda tahu apa yang anda lakukan.anda tahu dan faham tentang apa yang anda mahu..jangan jadi seorang yang fake.

15. anda patut ada rasa hormat terhadap orang lain (rocker) yang betul2 tahu perjuangan mereka..

16. pesan atuk sangat mudah...jangan jadi salah seorang 4 golongan di atas....sekian..

Friday, February 26, 2010

ROCKERS....?....ye ke...

assalamualaikum....hari ini atuk nak cerita serba sedikit tentang tajuk kat atas tu..sebelum tu harap2 tak de sapa2 marah kat atuk ni..maklumla isu ni agak sensitif bagi setengah orang..maafkan atuk ye..bagi sesiapa yang nak teruskan bacaan ni..silakan..

1. mula2 biar la atuk terangkan apa makna rocker ni...bagi mereka yang mengikuti trend muzik rock dari segi pakaian/dressing dan meminati muzik ini adalah dipanggil rocker..begitu juga dengan rap,mereka panggil rapper...

2. tetapi atuk musykil sikit la...mengapa tak de 'popper' bagi mereka yang meminati muzik pop,atau jazzer bagi muzik jazz..atau irama malaysian/malaysier uuntuk irama malaysia..entah la..nak jawab persoalan macam ni kena bincang betul2.

3. atuk memang minat giler kat muzik rock ni..sejak tahun 1985..entah la macamana boleh minat kat muzik ni..mungkin nak berlagak kot..ye la rocker ni dipandang lain sikit oleh orang lain..sebabnya tak lain tak bukan ia aliran baru..lagipun mungkin ia tampak macho atau terserlah kelelakian kalau minat muzik rock ni..kalau perempuan pula tak la nampak macho,tapi hilang feminin.ye la..masa remaja..macam2 nak explore..

4

Thursday, February 18, 2010

ASRAMA OH ASRAMA

mula-mula biar saya bahasakan diri saya sebagai atuk...ye la,kan nak berceloteh panjang...

1. atuk rasa bangga bila anak sedara atuk dapat masuk ke sekolah berasrama penuh..ye la kalau ibubapa boleh bangga dengan anak mereka masuk asrama..atuk pun demikian juga..walaupun anak saudara.

2. dulu atuk pun sekolah asrama juga..tak la asrama penuh,cuma asrama harian..bezanya asrama penuh kesemua pelajar tinggal dalam asrama.manakala asrama harian sebaliknya.syarat kemasukan ke asrama penuh lebih ketat berbanding dengan asrama harian..ye la asrama dah penuh..mesti la susah nak masuk..kan..?hehe.

3. tujuan atuk tulis blog ni bukan apa..tak lain tak bukan hanya untuk manaikkan skill menaip atuk yang dah semakin hilang...selain tu nak share2 apa yang ada dalam kepala atuk ni..

4. atuk mula masuk hostel pada tahun 1984..bulan 3.masa tu atuk form 1...uuih..syoknye bukan main lagi.bukan syok nak masuk hostel..tapi syok pasal dapat tunjukkan kat kengkawan yang kita dapat ke asrama..banyak la yang sedih..pempuan pun yang ambil alamat pun banyak..ye la,
maklum la masa tu atuk bergetah lagi..tapi bila tiba hari masuk,masa tu la rasa tak mau pegi,serbasalah dibuatnya..bak kata pepatah..ditelan mati mak,diluah mati bapa..

5. sesiapa yang masuk ke asrama ni adalah di kalangan mereka yang terpilih..baik terpilih dari segi akademik ataupun kurikulum..tak lupa juga mereka yang ada 'orang dalam'..pun termasuk dalam kategori terpilih juga.

6. hari pertama masuk...tak de la masalah..masalah bilik air tu normal la.kat rumah pun tunggu giliran,inikan pula 40 orang share bilik air..kalau share market,ok la jugak..solat dan aktiviti keagamaan tu,kemestian la..

7. masuk asrama yang pertama sekali mesti kita bayangkan kemudahan2 yang lengkap..zaman atuk kemudahan tak la seberapa kalau nak dibandingkan dengan sekarang.bukan atuk nak buat satu perbandingan..kalau nak dikirakan zaman bapa atuk lagi la teruk..zaman bapa kepada bapa atuk pun teruk juga..zaman bapa kepada bapa kepada bapa atuk lagi la..zaman bapa kep.....eh..melalut plak atuk ni ye..

8. yang paling baik,yang mungkin ramai orang lupa atau tak tahu tentang kebaikan masuk asrama ni adalah improvement dari segi komunikasi...bayangkan tetiba kita didatangi oleh ramai manusia...dalam satu masa!!sebaya..duduk sekali..mahu menyendiri?...oh..tidak.

9. bak kata pepatah inggeris.SO CLOSE NO MATTER HOW FAR...sebenarnya atuk reka je..tak sangkut paut pun..saja nak bagi sedap..kita sambung balik..

10. mahu tak mahu kita terpaksa bersuai kenal dengan mereka..begitu juga mereka..jangan sebelah pihak saja..wujudkan perbualan,perbualan kosong pun tak apa..susun ayat betul2..jangan menyendiri..dan jangan berpuak2.ini semua atuk praktikkan pada masa atuk sekolah dulu.

11. peluang sebegini datang bukan lah sekali..tetapi banyak kali..tapi anda semua beruntung kerana ia berlaku seawal usia anda..rebutlah peluang..apa2 tentang skil,ia adalah proses..

12. jangan nanti bila lepas sekolah je orang tanya describe urself,tergagap2 nak jawab...bukan kata orang tanya je...kat dalam blogspot pun ada..tu pun masih terkial2..

13. ini adalah kerana skil berkomunikasi yang lemah dan hasil daripada itu ia tidak wujud keyakinan diri yang tinggi...tak perlu lah kena ada kecantikan baru lah datang keyakinan diri.tak perlulah kena ada badan yang ramping baru ada keyakinan diri..tak perlu lah kena ada badan yang tegap macam atuk ni..baru lah ada keyakinan..

14. untuk generasi baru..rebutlah peluang yang ada...

15. tahniah kepada sesiapa yang dapat masuk ke asrama penuh..dan khas untuk yasmin..