Thursday, February 18, 2010

ASRAMA OH ASRAMA

mula-mula biar saya bahasakan diri saya sebagai atuk...ye la,kan nak berceloteh panjang...

1. atuk rasa bangga bila anak sedara atuk dapat masuk ke sekolah berasrama penuh..ye la kalau ibubapa boleh bangga dengan anak mereka masuk asrama..atuk pun demikian juga..walaupun anak saudara.

2. dulu atuk pun sekolah asrama juga..tak la asrama penuh,cuma asrama harian..bezanya asrama penuh kesemua pelajar tinggal dalam asrama.manakala asrama harian sebaliknya.syarat kemasukan ke asrama penuh lebih ketat berbanding dengan asrama harian..ye la asrama dah penuh..mesti la susah nak masuk..kan..?hehe.

3. tujuan atuk tulis blog ni bukan apa..tak lain tak bukan hanya untuk manaikkan skill menaip atuk yang dah semakin hilang...selain tu nak share2 apa yang ada dalam kepala atuk ni..

4. atuk mula masuk hostel pada tahun 1984..bulan 3.masa tu atuk form 1...uuih..syoknye bukan main lagi.bukan syok nak masuk hostel..tapi syok pasal dapat tunjukkan kat kengkawan yang kita dapat ke asrama..banyak la yang sedih..pempuan pun yang ambil alamat pun banyak..ye la,
maklum la masa tu atuk bergetah lagi..tapi bila tiba hari masuk,masa tu la rasa tak mau pegi,serbasalah dibuatnya..bak kata pepatah..ditelan mati mak,diluah mati bapa..

5. sesiapa yang masuk ke asrama ni adalah di kalangan mereka yang terpilih..baik terpilih dari segi akademik ataupun kurikulum..tak lupa juga mereka yang ada 'orang dalam'..pun termasuk dalam kategori terpilih juga.

6. hari pertama masuk...tak de la masalah..masalah bilik air tu normal la.kat rumah pun tunggu giliran,inikan pula 40 orang share bilik air..kalau share market,ok la jugak..solat dan aktiviti keagamaan tu,kemestian la..

7. masuk asrama yang pertama sekali mesti kita bayangkan kemudahan2 yang lengkap..zaman atuk kemudahan tak la seberapa kalau nak dibandingkan dengan sekarang.bukan atuk nak buat satu perbandingan..kalau nak dikirakan zaman bapa atuk lagi la teruk..zaman bapa kepada bapa atuk pun teruk juga..zaman bapa kepada bapa kepada bapa atuk lagi la..zaman bapa kep.....eh..melalut plak atuk ni ye..

8. yang paling baik,yang mungkin ramai orang lupa atau tak tahu tentang kebaikan masuk asrama ni adalah improvement dari segi komunikasi...bayangkan tetiba kita didatangi oleh ramai manusia...dalam satu masa!!sebaya..duduk sekali..mahu menyendiri?...oh..tidak.

9. bak kata pepatah inggeris.SO CLOSE NO MATTER HOW FAR...sebenarnya atuk reka je..tak sangkut paut pun..saja nak bagi sedap..kita sambung balik..

10. mahu tak mahu kita terpaksa bersuai kenal dengan mereka..begitu juga mereka..jangan sebelah pihak saja..wujudkan perbualan,perbualan kosong pun tak apa..susun ayat betul2..jangan menyendiri..dan jangan berpuak2.ini semua atuk praktikkan pada masa atuk sekolah dulu.

11. peluang sebegini datang bukan lah sekali..tetapi banyak kali..tapi anda semua beruntung kerana ia berlaku seawal usia anda..rebutlah peluang..apa2 tentang skil,ia adalah proses..

12. jangan nanti bila lepas sekolah je orang tanya describe urself,tergagap2 nak jawab...bukan kata orang tanya je...kat dalam blogspot pun ada..tu pun masih terkial2..

13. ini adalah kerana skil berkomunikasi yang lemah dan hasil daripada itu ia tidak wujud keyakinan diri yang tinggi...tak perlu lah kena ada kecantikan baru lah datang keyakinan diri.tak perlulah kena ada badan yang ramping baru ada keyakinan diri..tak perlu lah kena ada badan yang tegap macam atuk ni..baru lah ada keyakinan..

14. untuk generasi baru..rebutlah peluang yang ada...

15. tahniah kepada sesiapa yang dapat masuk ke asrama penuh..dan khas untuk yasmin..

2 comments:

  1. *khas untuk yasmin* hehehe bangga gile...

    ReplyDelete
  2. ok gak nasihat 2. lepas ni cerita la plak kisah tragis tinggal di asrama sbb 2 la kngan yg paling tak boleh lupa.

    ReplyDelete